Cara
Buat Air Balang Untuk Lariskan Jualan
Nak
tahu cara buat air balang untuk jualan? Sebenarnya nak memulakan bisnes air
balang ini tidak memerlukan banyak peralatan pun. Hanya sekadar memerlukan
peralatan asas seperti balang air, meja dan kanopi sahaja sudah mencukupi.
Jadi
suka saya kongsikan cara mereka yang dah berjaya buat air balang bagi kegunaan untuk jualan ini. Ada
empat aspek bagi memulakan jualan air balang anda. Iaitu tapak jualan,
peralatan, pengurusan masa, dan jenis air ingin dijual.
Empat
Cara Buat Jualan Air Balang.
Untuk
mendapatkan jualan air balang yang baik setiap hari, anda selaku peniaga
perlulah meneliti empat aspek utama ini. Ramai peniaga mendapat jualan yang
sendu kerana abaikan aspek-aspek ini. Jom baca perkongsian empat cara buat
jualan air balang yang berkesan ini.
Kenali
lokasi yang ramai orang.
Pertama
sekali, sebelum anda ambil keputusan untuk membeli semua kelengkapan jual air
balang ini, anda seharusnya perlu membuat penelitian terlebih dahulu tentang
kawasan yang bakal anda menjual nanti. Penelitian ini untuk memastikan kawasan
anda pilih itu akan mendapat sambutan ataupun tidak.
Jadi
bagaimana nak tahu sesuatu kawasan itu bakal mendapat sambutan? Mudah sahaja.
Pastikan kawasan itu mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Contohnya, kawasan
universiti atau kolej.
Antara
contoh kawasan hot yang lain boleh anda pilih adalah kawasan sekolah. Anda
boleh baca kisah seorang peniaga ini menjual hampir 120 cawan pada tiap-tiap
hari dengan hanya menjual kepada budak sekolah sahaja.
Peralatan
dan kelengkapan.
Peralatan
asas yang perlu anda sediakan antaranya balang air, meja lipat, kanopi, dan
tong simpanan ais. Manakala lain-lain
kelengkapan seperti cawan, plastik bungkusan, bekas air gula, tali pengikat dan
senduk penyiduk.
Mungkin
anda tertanya-tanya berapakah modal untuk membeli semua peralatan ini bukan.
Jika anda ingin tahu, semua nya ada di PANDUAN BISNES AIR BALANG
Pengurusan
masa berniaga.
Ramai
peniaga air balang yang tidak konsisten dalam pengurusan masa berniaga. Anda
perlu bijak dalam merancang masa agar segala urusan berjalan dengan lancar.
Jika anda ingin menjual air buah, segala proses memasak dan mengisar buah
dilakukan pada malam sebelum berniaga.
Hasil
kisaran itu perlu disimpan tempat sejuk agar ianya tidak menjadi busuk atau basi.
Ais pula perlulah dibeli pada masanya agar ianya tidak mencair begitu sahaja
nanti.
Anda
perlu tetapkan bila masa anda berniaga dan bila masa anda cuti. Ini bagi
memastikan pelanggan tahu agar mereka bila sampai di gerai anda tiba-tiba gerai
anda tutup. Lama kelamaan mereka naik menyampah kemudian beralih membeli
daripada peniaga yang lain pula.
Jual
air yang banyak sambutan.
Jika
anda nak keuntungan cepat, anda boleh menjual air yang tengah viral pada masa
sekarang. Contohnya bubble tea. Tapi anda perlu tahu bahawa air jenis viral ini
ada masa surutnya juga. Paling lama pun boleh bertahan 4-6 bulan, kemudian
permintaan pada air ini semakin berkurangan hari demi hari.
Kalau
tak nak menjual air jenis itu, anda boleh jual air yang dapat permintaan sepanjang
musim. Bak kata orang putih evergreen. Jualan air ini tidaklah serancak dengan
jualan air viral itu, tapi masih lagi ada permintaan. Contohnya air soya, air
tembikai susu dan air kedondong asam boi.
0 Ulasan