CARI JALAN DUA HALA
Bila berniaga tepi jalan, elakkan berniaga di
tepi jalan yang jalan nya hanya sehala..
Jalan sehala ini maksudnya, jalan yang ada
divider di tengah-tengahnya. Sebabnya, di jalan sehala ini, pemandu selalunya
akan memandu dengan laju, jadi sangat sukar untuk mereka berhentikan kenderaan
untuk singgah membeli di gerai anda.
Jadi, pastikan anda pilih lokasi di jalan dua
hala di mana kebiasaanya di jalan-jalan masuk ke taman perumahan dan
jalan-jalan kecil.
Di jalan dua hala ini, selalunya.. kelajuan
orang memandu kenderaan sekitar 40km/j ke bawah. Dengan kelajuan tersebut,
orang lebih mudah untuk berhentikan kenderaan mereka dan singgah di gerai anda.
GERAI DI SEBELAH KIRI JALAN
Jika anda berniaga di sebelah petang (3-7
petang), pastikan anda pacak gerai anda di sebelah kiri, laluan orang pulang ke
rumah. Barulah senang orang nak singgah gerai anda apabila mereka pulang dari
kerja, takderlah mereka terpaksa u-turn untuk singgah ke gerai anda.
Tetapi jika anda berniaga sebelah pagi (6-9
pagi), pacak gerai anda di laluan kiri menghala keluar ke bandar atau ke pekan
dimana orang keluar pergi bekerja.
CARI TEMPAT MUDAH PARKING
Ini pun penting, apabila anda mencari lokasi
untuk gerai anda, pastikan ada ruang untuk orang berhenti parking.
BERNIAGA DI SEBELAH GERAI LAIN
Ramai perniaga buat silap dengan meletakkan
gerai mereka jauh-jauh dan sorang-sorang! Kalau ada orang berniaga di sebelah!
Mulalah dia nak sailang atau santau!
Hakikatnya, lagi banyak gerai berniaga di
sebelah-sebelah anda, maka, lebah ramai orang akan berhenti untuk membeli.
Orang ramai lebih suka berhenti di tempat
yang ada beberapa gerai sebab banyak benda yang boleh mereka beli sekaligus,
berbanding berhenti di tempat yang hanya ada sebuah gerai yang menjual sejenis
air sahaja!
Jadi, janganlah marah kalau ada orang pacak
gerai disebelah gerai anda, cuma pastikan, orang tu berniaga produk lain la..
janganlah sama sebijik macam produk anda.
GANTUNG BANNER
Banner digantung bagi menarik perhatian orang
ramai.
Ramai peniaga yang terlepas pandang perkara
ini. Mereka selalunya hanya ingat meja dan payung sahaja bila nak buka gerai.
Sedangkan banner adalah antara benda yang
paling penting untuk memberitahu orang ramai tentang apa yang anda jual.
Bila ada banner, dari jauh orang dah boleh
nampak dan tahu anda jual apa! Bila orang dah tahu anda jual apa, maka mereka
tak teragak-agak untuk berhenti dan membeli.
PANTAS LAYAN PELANGGAN
Sebaiknya, setiap order dapat di bungkus
dalam masa kurang 10 saat. Kalau boleh, orang order, terus je bagi.
Bagi peniaga baru, kena praktis siap-siap
cara nak ceduk dan ikat air. Takdelah nanti terkial-kial nak ikat air depan
pelanggan
MODAL 1/3
Bila jual air, sebaiknya, pastikan modal
harian untuk buat satu balang air tu hanya 1/3 atau 1/4 sahaja dari hasil
jualan.
Contohnya, kos untuk buat 1 balang air jambu
ialah RM20.. tetapi bila habis terjual 1 balang air itu, anda boleh dapat RM80.
Dengan cara ini juga, ianya membuatkan anda
lebih tenang berniaga dan takderlah terasa “down” sangat bila air anda tak
habis. Sebab anda dah tahu, anda hanya perlu jual 1/4 balang sahaja air untuk
memastikan anda balik modal pada hari tersebut.
AIR WAJIB –AIR MILO
Jika anda berniaga di pasar malam atau pesta,
air milo adalah air yang wajib anda jual, ianya adalah bertujuan untuk menarik
perhatian kanak-kanak.
Kanak-kanak ni memang takkan pandang air
lain, air milo sahajalah yang mereka tahu dan mahu. Bila anak-anak dah mintak
air, mak bapaknya pun akan beli sekali lah air-air yg lain.
KONSISTEN
Bila berniaga tepi jalan, pastikan anda buka
gerai anda secara konsisten. Jangan hari ini buka, kemudia esok tutup. Lepastu
buka semula.. lepastu 2 hari, tutup pula.
Kalau begitu gayanya, memang orang menyampah
dan sakit hati.
Semalam masa orang tak teringin nak beli, dia
buka, hari ini, bila nak beli, dia tutup pula.
Memang susahlah nak dapat pelanggan tetap
kalau buat gaya macam tu! Itulah serba-sedikit tips yang dapat kami kongsikan
bila berniaga di tepi jalan ni.
Saya harap anda dapat sedikit input daripada
perkongsian saya ini. Jika anda inginkan lagi teknik-teknik melariskan jualan
air balang, boleh baca DI
0 Ulasan